Polis P.Pinang sita empat motosikal, keluarkan 60 saman

21 Apr 2024 • 3:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUTTERWORTH: Empat motosikal disita dan 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu membendung kegiatan samseng jalanan di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi.

Menurut hantaran Facebook Polis Pulau Pinang, operasi yang bermula 9 malam hingga 1 pagi tadi dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“Selain itu, pihak JPJ telah mengeluarkan sebanyak 68 saman dan 18 notis pemeriksaan teknikal manakala JAS pula mengeluarkan notis di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Ujian Bunyi) terhadap lapan buah kenderaan,“ menurut hantaran itu.