Polis rakam keterangan bekas wartawan babit dakwaan kes edar dadah

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis rakam keterangan bekas wartawan babit dakwaan kes edar dadah

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan bekas wartawan bagi membantu siasatan susulan laporan penafian daripada pengerusi sebuah kuil berhubung isu dakwaan pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan semasa berada di rumah telah menerima pautan audio siar daripada rakannya kira-kira  3.30 petang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pengadu telah hadir membuat laporan polis berkaitan penafian tersebut.

“Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selepas mendapat perintah untuk penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya, bagi tujuan melengkapkan siasatan pihak polis telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Azrul Affandi Sobry (bekas wartawan) ke IPD Sentul utk dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bekas wartawan itu akan hadir ke IPD Sentul kira-kira pukul 12 tengah hari esok.

Video audio siar berdurasi dua minit 30 saat berhubung isu tersebut sebelum ini tular menerusi akaun TikTok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus  berkata, hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam ‘podcast’ berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu. – UTUSAN

The post Polis rakam keterangan bekas wartawan babit dakwaan kes edar dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved