Azrul Affandi beri keterangan isu video podcast esok

20 Oct 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Azrul Affandi beri keterangan isu video podcast esok

KUALA LUMPUR – Pencipta kandungan, Azrul Affandi Sobry dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya dalam sebuah video podcast.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Kuil Marathadi Madurai Veeran KL di Jalan Sentul Manis bagi menafikan tuduhan tersebut.

Anuar berkata, pada pukul 3.30 petang kelmarin, lelaki itu menerima pautan video audio siar daripada rakannya sebelum hadir membuat laporan polis.

“Selepas mendapat OTI (perintah untuk penyiasatan), pihak polis memanggil beberapa saksi termasuk Azrul Affandi Sobry ke IPD Sentul untuk diambil keterangan pada pukul 12 tengah hari esok bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan dakwaan kegiatan pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul yang dibangkitkan dalam sebuah podcast merupakan kejadian lama pada 12 Julai 2016.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, kandungan podcast tersebut sebenarnya merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu yang pernah terlibat dalam bidang kewartawanan kira-kira 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Azrul Affandi beri keterangan isu video podcast esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved