Polis Rakam Keterangan Harith Iskander Berkenaan Isu ‘Ham’

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 10:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keterangan pelawak dan pelakon, Harith Iskander telah dirakam oleh pihak polis berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang dikenali sebagai ‘Cecelia Yap Song’ yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

image is not available

Difahamkan, pihaknya masih dalam proses untuk mengesan individu tersebut.

Ketua Polis Negara itu turut memberitahu satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Setakat ini, polis menerima 16 laporan polis berkaitan isu itu di seluruh negara.

image is not available 4 days ago

“Perkara Ni Dah Melampau” - Shahrol Shiro Beri Teguran Secara Terbuka, Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama