Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka 'ham'

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 8:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang mempunyai kaitan dalam kes terbabit dan dalam proses mengesannya.

"Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan isu ini di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi.

Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved