
SHAH ALAM, 29 OGOS: Polis merampas 363.03kg dadah dipercayai jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM10.89 juta dalam serbuan di Kampung Baru Ampang, 20 Ogos lalu.
Turut ditemui 349 bungkusan teh Cina berwarna kekuningan yang mengandungi bahan disyaki methamphetamine dalam pacuan empat roda diparkir di hadapan premis, lapor Harian Metro.
Berikutan itu, ketua polis Selangor berkata pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 di premis berkenaan.
“Lanjutan daripada tangkapan dan rampasan berkenaan, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun ditahan di lokasi berhampiran,” kata Datuk Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata suspek berusia 23 tahun bertindak sebagai transporter manakala seorang lagi berperanan sebagai pemantau dengan kedua-duanya direman sehingga 2 September.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
The post Polis rampah dadah RM10.89 juta, tahan dua suspek appeared first on Selangorkini.
