Polis rampas 30kg ganja, tahan lelaki di Miri

1 Apr 2025 • 9:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam. Foto hiasan

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam, kata Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada kira-kira pukul 3.30 petang, semalam.

"Mahkamah Majistret Miri membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved