Polis rampas 369kg serbuk ketum

LocalPolitics
15 Aug 2024 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Polis merampas sejumlah 369kg serbuk ketum dan menahan dua lelaki dalam serbuan di dua lokasi di sini pada 10 dan 11 Ogos lalu.

Serbuan turut menemui 20 botol cecair berwarna hijau gelap disyaki air ketum menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk serbuk ketum berjumlah RM37,220.

Operasi dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ranau.

Ketua Polis Daerah DSP Mursalin Mahmud berkata, serbuan pertama pada 10 Ogos lalu menyasarkan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bongkud, Jalan Narawang, susulan aduan orang ramai. Dalam serbuan, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di luar rumah disyaki terbabit dalam penjualan air dan serbuk ketum.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Pemeriksaan lanjut mendapati satu kotak polisterin mengandungi 16 botol cecair hijau tua disyaki air ketum. Tiga guni putih dan satu bungkusan plastik hitam ditemui berdekatan, mengandungi 369 paket serbuk ketum,” katanya.

Katanya, air ketum itu dijual pada harga RM16 sebotol, manakala serbuk ketum berharga RM100 sebungkus.

Serbuan kedua berlaku pada 11 Ogos di sebuah lagi rumah tidak bernombor di Kampung Kaparingan, di mana seorang lelaki tempatan ditahan.

Sebuah bekas polisterin bersama beberapa botol cecair hijau gelap disyaki air ketum dirampas.

“Kedua-dua suspek ditahan atas dakwaan terlibat dalam penjualan air dan serbuk ketum. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambah Mursalin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.