Polis rampas rokok seludup RM1.7 juta

19 Feb 2023 • 11:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusri

LUMUT - Polis merampas 11,590 karton rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta dalam empat serbuan berasingan sekitar Sitiawan dan Ayer Tawar pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan antara jam 1 petang dan 4 petang itu dilakukan oleh Pasukan Polis Marin di empat rumah yang tidak berpenghuni.

"Barang rampasan itu ditemui di atas lantai di bahagian ruang tamu keempat-empat rumah berkenaan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok dengan menghubungi balai polis berhampiran.