Polis rekod keterangan 12 individu bantu siasatan kes bayi maut

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizee

BUKIT MERTAJAM - Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mereka terdiri daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan itu serta ibu bapa bayi tersebut.

"Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan kenyataan,” katanya ketika dihubung hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez pada 4.20 pagi Isnin selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam sehari kerana ibunya, seorang jururawat bertugas syif malam.

Sehubungan dengan itu, polis menahan dua wanita berusia 22 tahun yang kini direman sehingga 16 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved