Dua Pekerja Taska Direman Kes Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
10 Mar 2026 • 1:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang disyaki menjadi mangsa penderaan.

Menurut laporan Astro Awani, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan berkuat kuasa sehingga 16 Mac.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membabitkan kesalahan membunuh.

image is not available

Kedua-dua suspek, masing-masing dalam lingkungan 20-an, tiba di kompleks mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan diiringi anggota polis.

Terdahulu, mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak 24 jam yang terletak dalam kawasan hospital.

image is not available

Mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan pada kira-kira pukul 4 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Ibu mangsa Ummu Habibah Wahab, 30, yang bertugas sebagai jururawat ketika itu sedang menjalani syif malam.

image is not available

Hayl Haarith merupakan cahaya mata pertama pasangan berkenaan dan baru mula dihantar ke pusat jagaan selepas ibu kembali bekerja sejurus tempoh berpantang berakhir.

The post Dua Pekerja Taska Direman Kes Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved