Polis rujuk kertas siasat babit video tular KP AKPS kepada AGC

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 10:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis rujuk kertas siasat babit video tular KP AKPS kepada AGC

PETALING JAYA: Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Jabatan Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas itu akan dirujuk bagi penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Dua laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS.

“Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata, setakat ini, seramai 25 orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Mereka terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas,” jelasnya.

Pada 28 September lalu, tular salinan laporan dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya dikasari Mohd. Shuhaily. – UTUSAN

The post Polis rujuk kertas siasat babit video tular KP AKPS kepada AGC appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved