Polis sahkan Along Cham ditahan, disyaki memiliki 60.3 gram ganja

LocalEntertainment
15 Dec 2024 • 12:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis telah mengesahkan identiti selebriti lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah teres di Cyberjaya petang semalam.

Utusan melaporkan, suspek tersebutdikenali sebagai Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, sekitar jam 3.10 petang, pihak polis menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dedaun kering disyaki ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram di lokasi kejadian.

Hasil ujian awal air kencing menunjukkan selebriti tersebut positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC). Namun, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sumber: Kosmo, Utusan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved