Polis Sahkan Kejadian Tembakan Di Bandar Sunway

20 Aug 2024 • 10:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Satu kejadian berbalas tembakan dilaporkan berlaku antara polis dan penjenayah di Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor pada petang Selasa.

 

Dirakam orang awam


Video mengenai insiden tersebut turut tular selepas ia dirakam oleh orang awam yang berada di menara berdekatan lokasi kejadian.

Menurut info awal dikongsikan, insiden itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang Selasa.

"Menakutkan, Macam dalam movie. Kes tembak menembak di Sunway petang tadi (Selasa). Waktu sekitar pukul 6.30 atau 7 petang ketika puncak orang tengah sesak balik kerja dan anak balik sekolah," kongsi Izura Mohamad Sobri yang memuat naik video berkenaan di Facebooknya.

Difahamkan seorang penjenayah dipercayai warga asing dilaporkan ditembak mati di lokasi kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan insiden tersebut.

Wan Azlan berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian tembakan berkenaan akan dikongsikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.

Sumber: Majoriti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved