TAPAH - Polis mengesahkan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan kehilangan mangsa dengan unsur jenayah.
“Saya faham ada pelbagai dakwaan yang berlegar di media sosial termasuk berkaitan ah long, namun hasil siasatan mendapati kehilangan ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil
Orang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hari
Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu
Beliau berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan termasuk merakam keterangan 13 individu yang terlibat dalam kumpulan pendakian tersebut bagi membantu melengkapkan siasatan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu operasi pencarian.
“Saya minta supaya perkara yang tidak sahih tidak perlu dihebohkan. Kita kekalkan fokus kepada usaha pencarian mangsa,” katanya.






