Polis Sahkan Terima Laporan Murid Dipukul Guru

6 Dec 2024 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan berhubung perkara tersebut diterima pada Khamis.

Raub berkata, pihak polis turut mengesan kenyataan yang dimuat naik di satu akaun media sosial Facebook berhubung perkara tersebut.

"Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kes tersebut pada 5 Disember 2024 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat," katanya.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik mendakwa seorang murid berusia 10 tahun ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat oleh guru sekolahnya.

Dalam kenyataan tersebut, turut dinyatakan murid berkenaan tiada ibu bapa dan tinggal di sebuah rumah kebajikan.

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved