Polis sahkan terima laporan zikir pelik di kubur

LocalPolitics
29 Dec 2024 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini menjadi tular di media sosial pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan sekumpulan individu berzikir secara pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan polis itu dibuat berdasarkan satu video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.

Beliau berkata, perbuatan tersebut dipercayai berlaku pada Sabtu, jam lebih kurang 10.05 pagi.

"Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian ini daripada orang awam.

"Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad.

Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.

Video tular di aplikasi X yang dimuat naik jam 2.50 petang pada Sabtu itu telah mendapat tontonan sebanyak 725,000.