Pemuda PGRS buat laporan polis terhadap Fahmi Reza

LocalPolitics
28 Dec 2024 • 5:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sri Tanjong pada Jumaat membuat laporan polis terhadap aktivis politik Fahmi Reza berhubung tindakannya yang didakwa menghina Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Musa Aman melalui karikatur yang tular di media sosial.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sekitar jam 4.30 petang bersama Pemuda PGRS Bahagian Zon 12 yang meliputi Balung, Apas, Sri Tanjong, Kukusan, Merotai, Sebatik dan Tanjung Batu.

AdvertisementMenurut kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N.69 Sri Tanjong, laporan polis itu dibuat atas dasar mempertahankan martabat institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang menjadi simbol kedaulatan negeri serta perpaduan rakyat Sabah.

“Kami memandang serius tindakan tersebut, yang dianggap melampaui batas dan tidak menghormati kedudukan serta peranan TYT sebagai Ketua Negeri.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) percaya kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan untuk tujuan menghina atau mencemarkan nama baik mana-mana pihak, lebih-lebih lagi institusi penting negeri seperti TYT,” kata kenyataan tersebut.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera terhadap perkara itu dan mengambil tindakan tegas, sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami juga menyeru rakyat Sabah untuk bersama-sama mempertahankan keharmonian negeri dengan menolak tindakan provokatif yang boleh mencetuskan perpecahan atau ketegangan. Hormatilah prinsip undang-undang dan sensitiviti masyarakat kita,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, Pemuda PGRS komited untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dan mempertahankan kedaulatan negeri dari sebarang cubaan mencemar institusi-institusi utama.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, Fahmi Reza dilaporkan tiba di Kota Kinabalu pada Jumaat dan turut memuat-naik gambar beliau memegang poster karikatur provokasi berbentuk hinaan terhadap Musa di hadapan bangunan Maybank Jalan Pantai, Kota Kinabalu.