Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah secara terbuka

2 Nov 2022 • 10:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM.

Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.

“PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hari ini, media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna. – BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved