Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita Yang Dakwa Dirinya Kononnya Akan Berkahwin Dengan Tengku Hassanal

LocalPolitics
14 Dec 2024 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila tularnya khabar angin bahawa seorang wanita yang dikenali sebagai Faridah Daud mendakwa bahawa dirinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dakwaan wanita itu ternyata palsu kerana pihak Istana Pahang menerusi kenyataan rasmi di Instagram telah menafikan dakwaan wanita itu.

Terkini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan wanita yang dikenali sebagai Faridah itu kerana individu terbabit telah menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai Tengku Mahkota Pahang, lapor Sinar Harian.

image is not available

Menurut Datuk Seri Yahaya Othman iaitu Ketua Polis Pahang, kertas siasatan mengenai kes itu telah pun dibuka oleh pihak polis mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Buat masa ini, pihak polis sedang mengesan wanita tersebut untuk siasatan.

image is not available

Dalam masa yang sama, orang ramai diminta untuk tidak mempercayai sebarang kenyataan berkenaan Istana Pahang jika kenyataan tersebut bukan dari portal rasmi dan akaun media sosial Istana Pahang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.