Polis selamatkan lelaki bogel kurang siuman

20 Apr 2026 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu dan berjaya menahan lelaki itu di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Bukit Jambul. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Lelaki kurang siuman yang berjalan dalam keadaan bogel di kawasan Lebuh Bukit Jambul di sini pada Khamis lepas, kini dirawat di Wad Psikiatri Hospital Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake dalam kenyataan pada Isnin berkata, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berasal dari Batu Kurau, Perak dan usaha mengesan waris sedang dijalankan.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 10.40 pagi dan berjaya menahan lelaki itu di persimpangan lampu isyarat di situ dengan kerjasama petugas ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved