Polis selesai 11 kes samun dan ragut di Serdang, empat suspek ditahan

LocalPolitics
31 Jan 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Polis menyelesaikan 11 kes ragut di Serdang dan sekitarnya melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM40,000 berikutan penahanan empat suspek warga tempatan termasuk seorang wanita di Petaling Jaya dan Sepang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata kesemua suspek berusia antara 31 hingga 55 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan pada 16 hingga 18 Jan, susulan satu kes ragut rantai leher pada 3 Jan lepas di Taman Mawar Puchong melibatkan kerugian RM8,000.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Suspek pertama ditahan di Petaling Jaya manakala tiga lagi suspek termasuk wanita dan suspek utama ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka dipercayai baru pulang bercuti di sebuah lokasi di dalam negara,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis juga merampas motosikal, helmet dan pakaian yang digunakan semasa melakukan jenayah berkenaan selain telefon bimbit, jam tangan, rantai dan cincin.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hasil semakan mendapati tiga suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dan narkotik serta tiga daripada mereka turut didapati positif dadah.

Beliau berkata suspek utama lelaki tempatan berusia 31 tahun direman hingga Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});