Wanita disyaki tipu isteri Along Cham ada 5 rekod jenayah, memang dikehendaki polis

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 6:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Wanita yang disyaki tipu isteri Along Cham difahamkan mempunyai lima rekod jenayah melibatkankes di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan wanita yang dilaporkan oleh isteri pelawak, Along Cham berkaitan kes penipuan RM95,180 itu mempunyai lima rekod kes lain di empat buah negeri terbabit.

image is not available

Wanita disyaki tipu isteri Along Cham individu dikehendaki

Dia juga merupakan individu yang dikehendaki pihak polis atas satu laporan yang dibuat di Tanjung Aru, Sabah.

Difahamkan, wanita terbabit kini direman lima hari manakala suaminya selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis yang telah dibuat.

“Suspek wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

image is not available

Wanita disyaki tipu isteri Along Cham dipercayai tawar turunkan seksyen tuduhan Along?

Dalam pada itu, Hussein juga menyatakan pihak mereka sedang membuat siasatan termasuklah mengesan sama ada wujud ataupun tidak penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan suspek wanita itu yang mahu membantu menurunkan seksyen terhadap tuduhan yang dikenakan kepada Along Cham.

“Kita sedang siasat dakwaan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada polis atau agensi lain atau juga satu tuduhan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, isteri Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42 Afreena Suhaimi telah membuat laporan polis berhubung dakwaan kes penipuan berjumlah RM95,180 bagi tawaran bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah.

Mangsa yang bersetuju kemudian membuat bayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan suspek, namun selepas bayaran dibuat mangsa mendapati suspek tidak menunaikan bantuan berkenaan dan tampil membuat laporan.

Susulan daripada itu, sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an telah ditahan pihak berkuasa di kediaman mereka di Salak Tinggi, pada jam 10 malam Rabu lalu untuk membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)