Polis Siasat Lelaki Menyamar Pakai Baju Tentera Jepun Bawa Senjata Tiruan

23 Jun 2026 • 12:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kemunculan seorang individu yang berpakaian menyerupai anggota tentera Jepun serta membawa senjata yang dipercayai tiruan di Kepong, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Buka kertas siasatan

Image from: Polis Siasat Lelaki Menyamar Pakai Baju Tentera Jepun Bawa Senjata Tiruan

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihak polis menerima laporan mengenai video berkenaan pada jam 4.31 petang semalam.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh anggota Kaunter Aduan Balai Polis Desa Jaya selepas rakaman itu tersebar luas melalui aplikasi WhatsApp.

“Video itu memaparkan seorang lelaki bangsa tidak pasti memakai pakaian menyerupai pakaian pasukan keselamatan dan memiliki senjata yang disyaki tiruan.
“Kejadian dilaporkan di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar, kelasi atau askar udara.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana disyaki memiliki serta mengimport senjata tiruan.

Image from: Polis Siasat Lelaki Menyamar Pakai Baju Tentera Jepun Bawa Senjata Tiruan

Foto: Janaan AI

“Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 jika sabit kesalahan.
“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 pula, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM5,000,” tambahnya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Prakash Sithambaram di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Rakaman tular tersebut menunjukkan seorang individu berpakaian seragam berjalan di tengah jalan sambil memegang objek yang menyerupai senjata.

Kejadian berlaku pada waktu malam di kawasan agak sunyi dengan keadaan trafik rendah, hanya diterangi lampu jalan serta beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Sumber: Buletin TV3

The post Polis Siasat Lelaki Menyamar Pakai Baju Tentera Jepun Bawa Senjata Tiruan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved