Polis siasat dakwaan anggota ambil wang RM20,000 milik suspek

5 Jun 2024 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hussein

SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berhubung kes melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya didakwa mengambil wang suspek yang ditahan berjumlah RM20,000 baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sebelum ini menerima laporan berhubung dakwaan berkenaan daripada seorang lelaki yang merupakan bapa suspek.

"Individu terbabit mendakwa wang anaknya itu diambil anggota polis ketika dalam tahanan.

"Susulan itu, polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) untuk siasatan dakwaan berkenaan," katanya pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan polis mengesahkan berhubung laporan diterima seorang individu yang mendakwa anaknya dipukul anggota polis ketika dalam tahanan.

Individu terbabit turut mendakwa wang tunai anaknya itu turut diambil ketika kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!