Polis siasat dakwaan kerja korek tanah punca kebakaran saluran paip gas

2 Apr 2025 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Polis akan menyiasat dakwaan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor disebabkan oleh kerja mengorek di tanah rizab Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.

Beliau berkata siasatan akan bermula esok kerana fokus hari ini lebih kepada usaha memadam kebakaran dan menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

“Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlakunya kerja korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.

“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang Jaya hari ini.

Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd pada pukul 8.10 pagi tadi.

— BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved