Kebakaran Saluran Gas: MB Selangor Minta Beri Bukti Jika Ada Salah Laku

2 Apr 2025 • 7:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam supaya tampil memberi maklumat kepada polis.

Beri Kerjasama Bantu Siasatan

Beliau berkata, langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala besar.

"Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

"Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Amirudin dipetik berkata, laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved