Polis siasat dakwaan kes cabul, liwat libat ketua warden

LocalPolitics
19 May 2025 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes cabul dan liwat melibatkan seorang ketua warden di sebuah pusat pendidikan di Sandakan. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes cabul dan liwat melibatkan seorang ketua warden di sebuah pusat pendidikan di Sandakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan apabila siasatan telah lengkap.

“Kes masih dalam siasatan dan akan dikemas kini apabila selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram milik penyanyi rap Caprice, beliau memuat naik tangkap layar perbualan seorang pengadu yang mendakwa berlaku kejadian cabul dan liwat membabitkan ketua warden terbabit.

Pengadu yang enggan dikenali itu mendakwa suspek telah melarikan diri, namun terdapat video yang berjaya diperoleh mangsa sebagai bukti perbuatan jijik tersebut.

Pengadu turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved