Syabu: Tiga lelaki ditahan dalam operasi berasingan

19 May 2025 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim, Amir Anuar

LAHAD DATU: Dua lelaki ditahan dalam operasi berasingan dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Jimmy Panyau, berkata kedua-dua suspek ditahan hasil operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, pada Jumaat.

Menurut Jimmy, suspek pertama berumur 39 tahun ditahan di Kampung Unta bersama 52.45 gram bahan disyaki syabu dalam milikannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Polis juga menemui dua paket kerajang aluminium bersama suspek.

Tambahnya, lelaki tempatan itu juga didapati positif metamfetamin dan amfetamin melalui ujian air kencing.

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

JSJN turut menahan seorang lelaki warga Filipina berumur 30 tahun dalam operasi berasingan di Kampung Puyut.

Katanya, lelaki tersebut ditahan bersama 0.38 gram bahan disyaki syabu serta dua keping kerajang aluminium.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif metamfetamin.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.

Sementara itu di TAWAU, polis merampas 80 paket plastik lutsinar disyaki berisi syabu seberat lebih 50 gram dan menahan seorang suspek pengedar dadah dalam serbuan Op Tapis di Batu 4 Jalan Apas di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, suspek seorang lelaki berumur 40 tahun dan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Daerah Tawau.

“Polis kini giat memburu saki baki anggota sindiket yang ada hubung kait dengan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diharap menyalurkannya kepada kita,” katanya.

Jasmin berkata penahanan suspek dilakukan hasil maklumat risikan sebelum membawa kepada penemuan barang rampasan berkenaan.

Menurutnya ketulan hablur jernih mencurigakan yang diisi ke dalam 80 paket plastik lutsinar pelbagai saiz itu ditemui dalam beg silang milik suspek selepas menjalani pemeriksaan tubuh.

“Barang rampasan berupa ketulan hablur jernih yang disyaki syabu itu dianggarkan seberat kira-kira 50.06 gram dan mengikut pasaran semasa harganya mencecah sehingga RM1,750.

“Semakan terhadap rekod jenayah lampau juga mendapati suspek pernah ditangkap mengikut Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek yang kali ini ditahan sekali dengan barang rampasan dan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah disiasat menerusi Seksyen 39B ADB 1952.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

“Orang ramai yang mengetahui aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini boleh menghubungi polis di talian 089772121 atau Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.