Polis Siasat Foto Pelancong Wanita Selamba Tayang Punggung Dan Payudara Di Sabah

20 Oct 2023 • 4:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba pamer aksi tak senonoh di tempat awam

Polis Siasat Foto Pelancong Wanita Selamba Tayang Punggung Dan Payudara Di Sabah. Polis sedang menyiasat gambar wanita berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara serta punggung di tempat awam seperti di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya mengesan empat keping gambar wanita yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu di Jalan Gaya Street pada pukul 5.20 petang.

image is not available
Polis Siasat Foto Pelancong Wanita Selamba Tayang Punggung Dan Payudara Di Sabah. Sumber: Facebook

“Dua keping gambar di malam hari memaparkan seorang wanita menunjukkan perbuatan yang tidak senonoh seperti menunjukkan payudara serta punggungnya.

Dua keping gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang wanita hanya berpakaian dalam di dalam kawasan terbuka di sekitar Jalan Gaya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenai individu terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

“Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular dua keping gambar menunjukkan seorang wanita mendedahkan payudara dan punggungnya di kawasan umum dipercayai di bandar raya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, bila dan siapa yang mengambil gambar ini tidak dapat dipastikan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/selamba-bogel-di-balkoni-hotel-polis-tahan-individu-lelaki-di-semporna/

https://www.iloveborneo.my/lapangan-terbang-sesak-pelancong-korea-serbu-sabah/