Polis Siasat Gambar Wanita Disunting Tanpa Pakaian Dan Dijual RM18 Sekeping Di Media Sosial

LocalTechnology
23 Jan 2025 • 10:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Gambar wanita

Teknologi terkini semestinya memudahkan kita dalam segala urusan, tetapi sesetengah individu menggunakan kemudahan itu untuk buat perkara tidak bermoral.

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat satu lagi kes jenayah siber mengejutkan apabila seorang wanita mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di media sosial berharga RM18 sekeping.

Polis mulakan siasatan kes gambar wanita disunting

image is not available

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan kes ini pada hari Isnin jam 4.13 petang.

Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping.

Tidak dapat dinafikan, jenayah siber seperti ini semakin berleluasa dan memerlukan perhatian serius.

Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan

image is not available

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman kepada individu yang terlibat dalam penyebaran bahan lucah.

Polis juga kini sedang giat mencari individu yang bertanggungjawab di sebalik tindakan tidak bermoral ini.

Orang ramai turut digesa tampil membantu siasatan dengan segera jika mempunyai maklumat berkaitan kes ini.

#OhmediaNasihat

Kita perlulah sentiasa berhati-hati ketika berkongsi gambar di media sosial dan pastikan privasi kita sentiasa terjaga. Sekiranya kita menjadi mangsa, segera laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.