Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 8:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shahrulnizam

PETALING JAYA - Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.

"Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved