Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit

15 Apr 2023 • 7:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di Pasar Raja Bot, Chow Kit.

KUALA LUMPUR - Beberapa individu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan video tular kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya sebelum itu mengesan video tular tersebut yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu di Tik Tok.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan melibatkan video kekecohan tersebut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan sedang berjalan dan beberapa individu telah dipanggil untuk diambil keterangan.

"Proses berkenaan dijalankan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Pada Jumaat, tular video memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved