
TAWAU: Insiden dinding dua premis jenama antarabangsa di sini yang diconteng diconteng dengan kata-kata ‘Boikot’ dan ‘Free Palestine’ menggunakan cat sembur di sini pada Khamis, sedang disiasat polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 18 April dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, katanya, belum ada tangkapan dibuat setakat ini.
“Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan Starbucks di Jalan T2 Apas pada jam 12.30 tengah hari 18 April, yang menyatakan penyelia tapak bangunan itu melihat dinding kafe diconteng dengan cat ‘Boikot’ dan ‘Free Palestine’ pada jam 8.30 pagi hari yang sama.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat dua orang disyaki melakukan perbuatan tersebut menggunakan cat sembur, namun imej kurang jelas.
“Pihak pengurusan bangunan T2 dan kafe Starbucks bertindak segera memadam contengan itu,” katanya.
Selain Starbucks, Champin berkata dinding premis McDonald’s turut diconteng ‘Boikot’ dan ‘Free Palestine’ dengan (semburan) cat.
Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai atau individu yang gemar membuat contengan di dinding premis agar menghentikan perbuatan tersebut untuk tidak mengeruhkan suasana aman dan tenang di daerah ini.
“Jika individu berkenaan dikenal pasti, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata beliau.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
