Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau

1 Nov 2023 • 6:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

RANAU: Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes melarikan kereta dan pelajar sekolah di sini petang semalam yang tular di media sosial mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata siasatan lanjut itu dilakukan antara lain bagi memastikan tindakan daripada sudut perundangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Beliau berkata dalam kejadian itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 5.06 petang mengenai seorang lelaki yang membawa lari sebuah kereta di hadapan kedai runcit tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang di sini.

“Lelaki tersebut juga turut membawa enam pelajar Sekolah Kebangsaan Pinousuk di dalam kenderaan tersebut. Polis Ranau juga telah menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut dan juga kelihatan pelajar sekolah keluar dari kereta suspek. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved