Polis siasat kes pelacuran, judi dan buang bayi

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 11:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki tempatan dalam operasi berasingan di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan sekitar jam 2.30 petang Khamis di Lorong Lahad Datu Square 1.

Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Turut dirampas, sebuah telefon pintar yang mengandungi aplikasi perjudian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, pada jam 10.30 malam hari sama, polis turut menahan seorang wanita berusia 21 tahun kerana dipercayai menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi MiChat.

Katanya, suspek ditahan susulan Op Noda yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah hotel di pekan Lahad Datu.

“Suspek dipercayai menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM250 hingga RM350. Beberapa kondom dan wang tunai turut dirampas dalam operasi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Sementara itu, polis turut menyiasat kes penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Jalan Bakawali.

Dzulbaharin berkata, bayi itu ditemui masih hidup oleh orang awam di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Burung sekitar jam 3.06 pagi Jumaat.

“Bayi itu dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan dan membuang bayi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Dzulbaharin menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu memandang serius semua bentuk jenayah yang mengancam kesejahteraan masyarakat, khususnya jenayah sosial seperti pembuangan bayi, pelacuran dan perjudian.

Tambah beliau, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil demi keselamatan dan keharmonian komuniti setempat.