Polis Siasat Kes Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah Dan Sarawak

24 Sep 2024 • 1:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis siasat video tular mengenai turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak

Polis Siasat Kes Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah Dan Sarawak. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia dan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen Victoria di Melbourne, Australia

Video yang berdurasi 8 minit 13 saat itu dimuat naik di Facebook DemiRakyat Channel dua hari yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

image is not available
Polis Siasat Kes Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah Dan Sarawak

Menurut laporan media tempatan, mereka menurunkan bendera Malaysia sebagai simbol “menurunkan” penjajahan Malaysia di Sabah dan Sarawak. Manakala, menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada separuh tiang pula dikatakan sebagai protes terhadap penjajahan kedua-dua negeri tersebut.

Salah seorang individu dalam video itu menyatakan bahawa tindakan itu adalah simbol penentangan secara demokratik terhadap kerajaan Malaysia di Sabah dan Sarawak. Kumpulan itu juga menyanyikan lagu “Sabah Tanah Airku” dengan lirik yang diubah dari “negeri” kepada “negara”.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lalu.

Ketua polis Nngara respons insiden bendera di Melbourne, 35 laporan diterima

Polis telah menerima 35 laporan mengenai video tersebut, dengan 34 laporan dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur. Video itu ditularkan oleh seorang pemilik akaun media sosial yang beralamat di Sabah dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Pihak polis sedang menyiasat hubungan antara suspek dengan individu-individu yang dirakam melakukan perbuatan tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: