Polis Siasat Laporan Kamera Kecil Tersembunyi Dalam Inap Desa Di Kota Kinabalu

23 Sep 2023 • 9:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Siasat Laporan Kamera Kecil Tersembunyi Dalam Inap Desa Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 23 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di sini yang kini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, setelah menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 Sept lepas.

“Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis menafikan telah meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang telah dibuat pengadu di platform medianya.

Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu DSP Khairul Shah Peri menerusi nombor telefon 011-26691994.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved