Tular Isu Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah, Polis Kini Sedang Kenal Pasti Pasangan Dari China

23 Sep 2023 • 8:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Niat Mahu Bulan Madu, Pasangan Dari China Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah

Tular Isu Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah, Polis Kini Sedang Kenal Pasti Pasangan Dari China. Telah tular isu pasangan dari China ini mendakwa temui kamera tersembunyi di salah sebuah tempat penginapan di Sabah.

Pihak polis kini sedang mengenal pasti pasangan tersebut untuk siasatan lanjut berkenaan dengan laporan yang dibuatnya.

image is not available
Tular Isu Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah, Polis Kini Sedang Kenal Pasti Pasangan Dari China

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata satu kertas siasatan telah dibuka berdasarkan laporan yang dibuat oleh pelancong tersebut pada 7 Sept.

Beliau turut menjelaskan bahawa polis kini sedang mencuba mengenal pasti pasangan tersebut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

image is not available

Pihak polis turut nafi dengan dakwaan untuk mengarahkan pengadu memadamkan hantaran tersebut

Sementara itu, beliau juga menafikan bahawa pihak polis telah mengarahkan pengadu untuk memadamkan catatan insiden tersebut di media sosial.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk membantu siasatan polis atau menghubungi pegawai penyiasat DSP Khairul Shah Peri di 011-2669 1994.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: