6 Ogos lalu, seorang lelaki memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap dua pegawai polis trafik yang didakwa cuba mengenakan saman terhadapnya atas tuduhan yang tidak berasas.
Syedewa berkata, semasa melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Damansara Damai, dia telah ditahan oleh dua anggota berkenaan atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Tetapi Syedewa menafikan dakwaan itu dan meminta ditunjukkan bukti.
“Polis tahan aku, pastu nak keluarkan saman atas kesalahan tak pakai tali pinggang keledar. Aku cakap, aku memang pakai. Dia cakap, kawan dia nampak aku tak pakai, on the way baru pasang.
“Aku cakap, kalau betul tak pakai, tunjuklah bukti. Dia cakap, kalau nak fight, pergi mahkamah. Apa yang hamak saman sangat PDRM ni?

“Pastu member dia datang, cakap nak keluarkan saman. Aku cakap, kereta aku ni kalau tak pakai, bunyi bising. Dia reply, “Hmm tu lah tu”. Pastu dia lepas. Masalahnya, boleh eh saman-saman gitu? Main tengok-tengok, teka-teka siap nak suruh pergi mahkamah fight. Apa benda ni PDRM?” katanya dalam ciapan di platform X yang turut disertakan dua gambar anggota berkenaan.
Ciapan tersebut tular dan dikesan oleh PDRM yang turut menerima satu laporan polis yang dibuat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menghubungi pihaknya di talian 03-7966-2222 bagi membantu siasatan.
Sumber: Syedewa, Berita Harian
The post Polis siasat lelaki aibkan anggota trafik di X, tak puas hati dituduh tak pakai seat belt appeared first on The Reporter.


