
Polis Siasat Lelaki Serah Diri Selepas Bunuh Isteri
BUKIT MERTAJAM, (Bernama) — Polis menjalankan siasatan lanjut selepas seorang lelaki menyerah diri hari ini dan mengaku membunuh isterinya empat hari lepas di Seberang Jaya, di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Difahamkan lelaki berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis dan memaklumkan isterinya telah meninggal dunia di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna di sini.
Pemeriksaan polis menemukan mayat wanita berusia 44 tahun di sebuah bilik di rumah itu dengan kesan luka pada leher dipercayai disebabkan senjata tajam.
Mangsa yang merupakan ibu tunggal kepada lima anak berkahwin dengan suspek dua tahun lepas.
Sumber: Bernama
BACA: Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina
BACA: Pelancaran Tayangan Perdana “UPanda Cinema” di Malaysia
The post Polis Siasat Lelaki Serah Diri Selepas Bunuh Isteri appeared first on Siakap Keli.

