Suami Serah Diri, 4 Hari Tinggal Bersama M*yat Isteri Di Rumah

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang lelaki menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas dipercayai membunuh wanita tersebut di sebuah flat di Jalan Tuna di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut laporan, lelaki berusia 28 tahun itu hadir ke balai polis seorang diri dan mengaku berlaku kematian di rumahnya.

Sepasukan polis kemudian bergegas ke rumah terbabit sebelum menemukan mayat wanita berusia 44 tahun dengan terdapat kesan kelar pada bahagian leher dan membuat tangkapan terhadap suspek yang juga penganggur untuk siasatan lanjut.

“Si mati (isteri suspek) dijumpai dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian di atas tilam dalam sebuah bilik tidur dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris.

image is not available

image is not available

Polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu dan mengambil beberapa sampel untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan sebelum ini dan dikatakan baru dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek.

Suspek difahamkan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah dengan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian.

Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.