Polis siasat pemilik bengkel ugut bekas pekerja

LocalPolitics
14 Oct 2024 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Azam

AMPANG - Polis menyiasat seorang pemilik bengkel yang didakwa mengugut bekas pekerjanya untuk menarik balik laporan polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung ugutan bekas majikannya yang diterima menerusi pesanan suara, pada jam 9 pagi.

"Suspek dikatakan mengugut sekiranya pengadu tidak menarik balik laporan, dia tidak akan dapat ke mana-mana sama ada di dalam atau luar negara.

"Pengadu juga diugut akan mendapat susah serta akan masuk penjara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.