Polis siasat penceramah motivasi dakwa ganggu seksual kanak-kanak

2 Oct 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis siasat penceramah motivasi dakwa ganggu seksual kanak-kanak

KANGAR, 2 OKT: Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak oleh seorang penceramah motivasi pada 26 Sept lepas.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata laporan itu diterima pada 2.09 pagi dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa sekiranya terdapat mangsa lain yang pernah terlibat dengan penceramah motivasi berkenaan supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Hamzah turut meminta individu yang dinamakan sebagai “Farhaan Rahmat” hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk memberi kerjasama dan keterangan berhubung kejadian itu.

Hamzah berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sharifah Nur Fasihah Syed Sofian, di talian 04-949 0824 atau 019-815 1602.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved