‘Penceramah itu ajak saya daftar masuk hotel’

2 Oct 2026 • 3:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Penceramah itu ajak saya daftar masuk hotel’

KANGAR – “Beberapa bulan selepas bekerjasama, dia mula tunjuk perangai sebenar dan bercerita mengenai pelajar sekolah, malah dia pernah beri alasan mahu singgah berehat di tempat kerja saya selepas habis ceramah, tetapi saya tolak.”

Itu dakwa seorang wanita dikenali sebagai Liana, 27, yang menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang penceramah bebas yang juga pakar motivasi.

Kata Liana, pada mulanya dia berurusan dengan lelaki itu untuk menjalinkan kerjasama program motivasi.

“Namun selepas beberapa bulan, dia mula berani ajak saya daftar masuk ke hotel dan melakukan hubungan seks bertiga. Saya kenal beberapa rakan yang turut menjadi mangsa lelaki itu. Dia juga pernah menceritakan mengenai apa yang dilakukannya bersama mangsa-mangsa lain,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selepas mengetahui dia sebenarnya sudah berkahwin susulan pendedahan isterinya pada Jun lalu, dia terus memutuskan hubungan dengannya dan menyimpan rahsia ini hinggalah perbuatannya tular.

Seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Sofia, 19, mendakwa,  modus operandi lelaki berstatus suami orang itu dengan mendekati mangsa di media sosial atas alasan urusan kerja atau pelajaran.

Katanya, selepas itu, dia mula bertindak berani mengajak mangsa menjadi ‘sugar baby’ dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu apabila dia menonton siaran langsung TikTok kendalian saya sebelum kami saling berbalas mesej di WhatsApp.

“Saya sangkakan perbincangan kami terarah kepada nasihat untuk menyambung pelajaran memandangkan dia adalah seorang penceramah motivasi, namun tidak sangka dia tiba-tiba membuka topik mengenai ‘sugar baby’,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua program di sekolah yang membabitkan penceramah bebas itu dihentikan serta-merta berikutan pendedahan yang tular di media sosial itu.

The post ‘Penceramah itu ajak saya daftar masuk hotel’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved