Polis Siasat Punca Kematian Empat Individu Selepas Hadiri Konsert ‘Pinkfish’ Di Bandar Sunway

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis kini sedang menjalankan siasatan selepas menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kematian empat individu selepas menghadiri sebuah konsert ketika ambang Tahun Baru.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian tersebut melibatkan dua lelaki dan dua wanita selepas menghadiri konsert itu di Bandar Sunway.

Bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal.

image is not available

Tambahnya, pemeriksaan ke atas semua individu terbabit tidak menemui sebarang kecederaan luaran dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved