Polis Siasat Video Tular Empat Individu Didakwa Berbual Mengenai Bahan Terlarang

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 9:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat video rakaman tangkap layar siaran langsung yang tular di media sosial yang memaparkan empat individu dipercayai sedang berbual mengenai bahan terlarang.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata pihaknya sudah meneliti rakaman video terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Polis siasat video empat individu berbual mengenai bahan terlarang

image is not available

“Pada masa yang sama, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka. Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan individu-individu berkenaan yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu.

Terdahulu, tular satu video tangkap layar daripada sebuah siaran langsung di TikTok yang memaparkan empat individu dipercayai remaja sedang berbual berkenaan pengambilan dadah.

Dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, dua daripada mereka turut menunjukkan satu plastik berwarna lut sinar didakwa bahan terlarang dan satu botol air didakwa peralatan menghisap dadah.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)