“Sekadar bergurau” – Kes Sembang Dad*h Ketika Live Di TikTok, 2 Remaja Nafi Ambil ‘Barang’

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 6:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua individu iaitu seorang remaja lelaki dan wanita telah ditahan polis Melaka susulan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat rakan berkaitan dadah.

Memetik laporan Kosmo!, kedua-dua mereka yang berusia 17 dan 18 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang di Batu Berendam serta sekitar Jasin, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat mendapati perbualan mereka adalah rentetan daripada sebuah filem ditonton yang memaparkan adegan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Kedua-dua individu tersebut telah membuat penafian mengenai penyalahgunaan dadah dan mendakwa perbualan itu hanyalah gurauan bersama rakan-rakan.

image is not available

Polis memaklumkan semakan rekod juga mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau.

Bukan itu sahaja, remaja terbabit juga telah membuat satu laporan polis untuk keselamatan diri kerana telah menerima kecaman daripada netizen selepas klip video ditularkan.

Difahamkan, individu-individu yang dipanggil memberi keterangan telah dilepas serta dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, kes berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan lanjut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved