Polis Syaki Suspek Insiden Tembakan Siam Paragon Mall Ubah Suai Senjata Mainan, Berdepan 5 Tuduhan

5 Oct 2023 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak berkuasa Thailand mendakwa remaja berusia 14 tahun yang merupakan suspek dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall baru-baru ini dengan tuduhan pembunuhan terancang serta memiliki senjata api secara haram.

Pihak Polis tempatan mendakwa remaja berkenaan telah mengubahsuai pistol yang dikeluarkan untuk menembak peluru ‘kosong’.

Insiden tembakan rambang di pusat beli belah terkemuka di Bangkok tersebut telah menyebabkan dua orang maut dan ianya disifatkan sebagai insiden tembakan yang mengejutkan berlaku di Thailand sejak tiga tahun kebelakangan ini.

image is not available

Terdahulu, pihak polis mengesyaki suspek mengalami ganguan psikologikal dalam tragedi tembakan rawak berkenaan.

Pun begitu, pihak mahkamah mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan remaja itu di pusat kesihatan mental dan mengarahkannya ke dalam tahanan juvana sebaliknya, menurut dokumen mahkamah seperti yang dilaporkan oleh agensi Reuters.

Suspek berdepan dengan lima pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram, membawa senjata api secara haram di khalayak ramai dan melepaskan senjata api secara haram di khalayak ramai menurut Mejar Jeneral Nakarin Sukhontawit.

Insiden tembakan yang berlaku lewat petang Selasa baru-baru ini di kawasan Bangkok menyebabkan ratusan pengunjung panik dan berlari menyelamatkan diri sambil menjerit dan kedengaran bunyi tembakan.

Suspek kemudian ditahan selepas dia berjaya dikepung pihak polis dan susulan daripada itu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berikrar untuk melaksanakan ‘langkah pencegahan’ selepas insiden tembakan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai kawalan senjata di negara itu.

Sumber : CNA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.