Polis tahan 43 lelaki serang pusat hiburan di Cheras

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 1:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis menahan 43 lelaki termasuk dalang utama yang dipercayai terlibat kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lepas.

Menurut Sinar Harian, permohonan reman dibuat ke atas 35 daripada mereka yang kini berada di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, bersama seorang lagi suspek yang disambung reman.

Sementara tujuh lagi individu dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua individu terbabit berusia antara 20-an hingga 40-an diberkas di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga awal pagi Rabu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, 12 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lepas.

Menurutnya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa kenderaan dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan, termasuk sebuah lori yang digunakan suspek untuk merempuh pintu pagar premis terlibat.

View this post on Instagram

A post shared by Scoopdotmy (@scoopdotmy)


Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu bertopeng menceroboh masuk ke premis berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 5 April lepas sebelum merosakkan pelbagai barangan di dalam pusat hiburan itu.

Kejadian itu turut dirakam menerusi video berdurasi 71 saat yang tular, memaparkan sebuah lori mengundur sebelum merempuh pagar premis diikuti sekumpulan lelaki bertopeng yang memegang objek tidak dikenal pasti memasuki premis melalui pintu pagar yang dirosakkan. - 8 April, 2026

The post Polis tahan 43 lelaki serang pusat hiburan di Cheras appeared first on Scoop.